MUKA DEPAN | ARTIKEL | SOAL-JAWAB | LINK | WEBMASTER | CHAT
Ruangan : KLIK KLIK
Artikel: 1
Tulisan: Rollie
PANDUAN MEMBELI KAMERA
Bila kita melihat gambar -gambar yang menarik dan cantik, kita bayangkan alangkah seronoknya bila menjadi
jurugambar. Tidak dapat dinafikan menjadi jurugambar adalah seronok tetapi sebelum berjaya anda perlu melalui
beberapa peringkat permulaan yang sentiasa mencabar kesabaran.
Bagi anda yang mnjadikan fotografi sebagai hobi , peluang untuk menuju kearah itu tidak sukar kerana telah
mahir menggunakan kamera. Kamera yang baik bukanlah bergantung kepada harganya. Jaminan untuk mendapatkan
gambar yang cantik terletak kepada pengetahuan asas kamera yang ada pada jurugambar tersebut. Didalam artikel ini
saya akan memberi panduan cara memilih kamera yang sesuai sebelum membelinya. Ini penting sebelum saya menerangkan
setiap fungsi yang ada pada kamera.
SEBELUM MEMBELI KAMERA
Didalam pasaran terdapat berbagai jenis kamera. Walaupun terdapat berbagai jenis format namun ia hanya boleh dikotegarikan
kepada tiga jenis iaitu untuk golongan professional, amatur dan kegunaan biasa. Daripada tiga katogeri ini pula
dibahagikan kepada dua jenis iaitu kamera kompak (Compact) dan SLR ( Single Lens Reflex). Sila lihat gambar (A)
Untuk yang baru mengenali kamera
Golongan ini sesuai untuk membeli kamera jenis automatik. Ini kerana kamera jenis ini dilengkapi dengan auto
focus . Anda
tidak perlu memikirkan untuk menentukan speed dan juga aperture (kelajuan dan bukaan) . Kamera jenis
ini juga dilengkapi
dengan lampu imbasan (flash) terbina dalam.
Kamera jenis ini lebih kearah fokus dan petik. Ianya digunakan sebagai kamera untuk mengambil gambar semasa kita
pergi
melancong. Bentuknya yang kecil memudahkan ianya dibawa kemana sahaja. Filem yang digunakan adalah format 135mm.
Untuk golongan amatur dan professional
Golongan ini biasanya memilih kamera jenis SLR . Ini kerana kamera jenis ini memberi kebebasan daripada fungsi
kamera untuk
mengambil gambar. Ini kerana kamera jenis ini mempunyai fungsi manual dan automatik. Lensa kamera juga boleh ditukar
ganti memgikut kesesuaian subjek yang hendak dirakamkan. Biasanya gambar yang diambil menggunakan kamera SLR lebih
bermutu dari segi dedahan pencahayaannya. Kamera jenis ini agak mahal berbanding kamera biasa. Jurugambar amatur
dan
professional biasanya membeli badan kamera, lensa dan lampu imbasan berasingan. Ini untuk memudahkan pilihan peralatan
mereka mengikut kemampuan dan keperluan seseorang jurugambar itu. Adakalanya harga kamera
sebegini boleh mencecah puluhan ribu ringgit.
Baiklah pada artikel yang akan datang anda akan diterangkan setiap fungsi kamera.
- Rollie
MUKA DEPAN | ARTIKEL | SOAL-JAWAB | LINK | WEBMASTER | CHAT