MUKA DEPAN | SOAL-JAWAB | LINK | WEBMASTER | CHAT





ARTIKEL

Ruangan ini memaparkan penulisan dalam bentuk artikel, laporan peralatan, fakta,
ulasan buku dan sebagainya. Sumbangan penulisan dari anda juga amat dialu-alukan.

Sila hantar artikel anda ke : studiomaya@mail.com

______________________________________________________________________

VIDEO



Mengenali format dan kualiti video

Ringkasnya, format yang dimaksudkan di dalam bidang video adalah jenis pita dan kamera yang digunakan.
Secara umumnya, format bahan yang berbeza tidak boleh dikongsi pakai sesama format yang berbeza itu
(uncompatible). Contohnya, video berformat VHS tidak boleh dimainkan pada pemain video Betacam.
Setiap format mempunyai ciri-ciri serta kelebihan & kekurangnan yang tersendiri. Ini kerana setiap format itu
dicipta untuk tujuan yang tertentu. Format ini juga sentiasa dimajukan kepada tahap yang lebih canggih
mengikut perkembangan teknologi terbaru. Untuk lebih memahami lagi jenis-jenis format video, di bawah ini
disenaraikan format-format video yang ada, serta ciri-ciri format tersebut.

VHS
VHS bermaksud Video Home System. Ianya adalah satu format yang begitu
popular satu masa dulu kerana harganya yang murah dan penggunaan yang mudah.
Namun, ianya masih digunakan sekarang dan masih mudah untuk mendapatkan pita,
pemain video dan kamera jenis ini.
Untuk kegunaan: Pengguna biasa / Semi professional
Harga pita: RM 12.00
Harga kamera: RM 3,000.00 ke atas
Kebaikan: Pita mudah didapati, murah, menggunakan pemain video biasa ( VHS )
Keburukan: Risiko untuk berkulat, risiko pita terputus, makin kurang digunakan sekarang ini.


VHS-C ( Compact )
Jenis pita yang digunakan sama seperti format VHS cuma saiznya sahaja lebih kecil - kira-kira
separuh dari saiz pita VHS. Format ini sudah jarang digunakan sekarang kerana telah diganti dengan
format baru digital.
Untuk kegunaan:pengguna biasa
Harga pita: RM 8.00
Harga kamera: RM 1,800.00 ke atas
Kebaikan: Saiz kecil & murah
Keburukan: Risiko untuk berkulat, risiko pita terputus,terpaksa guna alat pengubahsuai ( adapter )
untuk ditonton dan makin kurang digunakan sekarang.


Super VHS
Saiz pita yang digunakan adalah sama seperti saiz pita VHS, cuma format ini menggunakan bahan pita yang
boleh menghasilkan kualiti gambar yang lebih bermutu. Masih digunakan kerana harga pita dan kamera
yang murah dengan hasil kualiti yang memuaskan.
Untuk kegunaan: Semi professional
Harga pita: RM 25.00
Harga kamera: RM 3,500 ke atas
Kebaikan: Kualiti gambar lebih baik berbanding dengan harga kamera yang agak murah
Keburukan: Risiko untuk berkulat, risiko pita terputus, hanya boleh dimainkan dengan pemain Super VHS /
dari kamera dan makin kurang digunakan sekarang.


Video 8
Satu format video yang popular satu masa dulu dikalangan pengguna biasa atau pelancong.
Format ini asalnya dicipta untuk menggantikan format VHS.
Untuk kegunaan: Pengguna biasa
Harga pita: RM 15.00
Harga kamera: RM 2,000.00 ke atas
Kebaikan: Saiz kecil
Keburukan: Hanya boleh dimainkan dengan pemain Video 8 / dari kamera & makin kurang digunakan


Video Hi-8
Satu format video yang popular satu masa dulu dikalangan pengguna biasa dan semi professional.
Format ini adalah pembangunan teknologi dari format Video 8
Untuk kegunaan: Pengguna biasa & semi professional
Harga pita: RM 18.00
Harga kamera: RM 2,500.00 ke atas
Kebaikan:Saiz kecil, kualiti lebih baik dari Video 8
Keburukan: Hanya boleh dimainkan dengan pemain Video Hi-8 / dari kamera & makin kurang digunakan


Digital Video 8
Ini adalah format terbaru dalam keluarga format Video 8. Diperbaiki dengan teknologi

digital.
Untuk kegunaan: Pengguna biasa & semi professional
Harga pita: RM 20.00
Harga kamera: RM 3,000.00 ke atas
Kebaikan: Gambar kualiti digital lebih baik dari Video Hi-8
Keburukan: Hanya boleh dimainkan dengan pemain Digital Video 8 / dari kamera

Betacam SP
Satu format berkualiti tinggi yang begitu popular untuk golongan professional dan kegunaan
stesen TV hingga kini.
Untuk kegunaan: Professional & stesyen TV
Harga pita: RM 80.00
Harga kamera: RM 45,000.00 ke atas
Kebaikan: Kualiti gambar taraf penyiaran, format yang popular untuk stesen TV
Keburukan: Harga mahal, format baru telah menggantikan format Betacam SP


Digital Betacam
Diperbaharui dari format Betacam SP dengan tambahan teknologi digital untuk kualiti
yang lebih baik. Namun, format ini telah mula digugat oleh format digital terbaru
seperti format DVCAM & DVC Pro.
Untuk kegunaan: Professional & stesyen TV
Harga pita: RM 120.00
Harga kamera: RM 60,000.00 ke atas
Kebaikan: Kualiti gambar taraf penyiaran, format yang popular untuk stesyen TV, Ada
ciri-ciri & kualiti digital
Keburukan: Harga mahal, format ini telah digantikan dengan format digital yang lebih canggih.

Betacam SX
Di Malaysia, hanya stesyen ntv7 yang menggunakan format tercanggih dalam keluarga Betacam ini.
Ianya banyak menggunapakai teknologi digital di dalam sistemnya.
Untuk kegunaan: Stesyen TV
Harga pita: RM 140.00
Harga kamera: RM 80,000.00 ke atas
Kebaikan: Kualiti gambar taraf penyiaran, , Kualiti digital terbaik dalam keluarga format Betacam.
Keburukan: Harga mahal, Penggunaan tidak meluas dan format ini telah digantikan dengan format

digital yang lebih canggih akibat dari pembangunan pesat teknologi digital sekarang.

Digital S
Format yang diperkenalkan oleh jenama JVC. Juga dicipta berasaskan teknologi digital terbaru. Namun,
penggunaan sistem ini tidak meluas di Malaysia.
Untuk kegunaan: Semi professional & professional
Harga pita: RM 80.00
Harga kamera: RM 45,000.00 ke atas
Kebaikan: Kualiti digital
Keburukan: Sistem tidak meluas

Mini DV ( Digital Video )
Ianya adalah format tercanggih sekarang ini. Mengaplikasikan teknologi digital sepenuhnya.
Ada sesetengah kamera yang menggunakan format ini mempunyai kualiti gambar bertaraf
stesyen TV
Untuk kegunaan: Pengguna biasa & semi professional
Harga pita: RM 25.00
Harga kamera: 4,500.00 ke atas
Kebaikan: Saiz sangat kecil, kualiti gambar digital terbaru & harga murah berbanding kualiti
Keburukan: Hanya boleh dimainkan dengan pemain video Mini DV / dari kamera

DV ( Digital Video )
Penggunaan teknologi yang sama seperti Mini DV, cuma saiz pita lebih besar dan kualiti gambar lebih baik.
Untuk kegunaan: Semi professional & professional
Harga pita: RM 80.00
Harga kamera: RM 20,000.00 ke atas
Kebaikan: Kualiti gambar taraf penyiaran, , Kualiti gambar digital terbaru & harga murah berbanding kualiti
Keburukan: Penggunaan belum cukup meluas

DVCAM
Format digital berkualiti tinggi dan terbaru yang dibangunkan oleh jenama Sony. Format digital ini
dicipta untuk menyaingi format digital DVC Pro kearah menjadi format yang diiktiraf antarabangsa.
Untuk kegunaan: Professional & stesyen TV
Harga pita: RM 120.00
Harga kamera: RM 35,000.00 ke atas
Kebaikan: Kualiti gambar taraf penyiaran, , Kualiti gambar digital terbaru dan terbaik
& harga murah berbanding kualiti

Keburukan: Penggunaan belum cukup meluas

DVC Pro
Diperkenalkan oleh jenama Panasonic. Format ini dicipta untuk menggantikan semua format yang sebelumnya
dalam kategori professional. Format digital yang tercanggih dengan sistem yang menyeluruh.
Untuk kegunaan: Professional & stesyen TV
Harga pita: RM 120.00
Harga kamera: RM 35,000.00 ke atas
Kebaikan: Kualiti gambar taraf penyiaran, , Kualiti gambar digital terbaru dan terbaik
& harga murah berbanding kualiti
Keburukan: Penggunaan belum cukup meluas

Format dalam industri video bertukar dengan lebih cepat jika dibandingkan dengan format untuk
fotografi. Ini kerana, sistem dan pita video berasaskan kepada teknologi elektronik dan digital. Teknologi elektronik
dan digital ini berkembang dengan begitu pantas pada zaman sekarang. Dalam tempoh beberapa tahun sahaja, sentiasa
ada penemuan terbaru untuk memperbaiki teknologi yang sedia ada. Dengan tujuan untuk memperbaiki
teknologi lama, maka format-format baru diperkenalkan. Namun, walaupun ada format baru yang memasuki
pasaran, format yang sebelumnya masih boleh digunakan untuk satu tempoh yang agak panjang.
Di era digital sekarang ini, format yang pasti kukuh pada masa hadapan adalah format Mini DV dan
DV. Format ini telahpun dibangunkan dengan menyeluruh dan lengkap untuk kegunaan pada masa
hadapan. Sony dan Panasonic masih dalam 'perang format' untuk mengukuhkan format eksklusif ciptaan masing-
masing, iaitu DVCAM ( Sony ) dan DVC Pro ( Panasonic ). Matlamat dua gergasi ini adalah untuk
menyempurnakan format mereka kearah menjadi format yang terbaik, paling mudah, paling murah, padat,
persamaan sistem terluas ( vast system compatibility ), aksesori terlengkap dan teknologi yang
boleh diperbaharui pada masa hadapan tanpa perlu mengubah format. Namun, apa yang dapat dilihat,
kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Sukar untuk menyatakan satu format
yang terbaik, semuanya bergantung kepada kegunaan dan keperluan kepada format itu.


Nota:

(1)
Selain dari format di atas ada lagi format terdahulu yang kini jarang digunakan iaitu format
U-matic & C format.
(2)
Dengan teknologi digital sekarang, gambar video juga boleh disimpan dalam pelbagai bentuk.
Antara yang popular ialah VCD dan DVD.
(3)
Fakta mengenai harga pita & kamera adalah anggaran sahaja. Harga tepat untuk pita bergantung
kepada jenama, panjang rakaman pita dan jenis pita. Manakala harga tepat untuk kamera bergantung
kepada jenama kamera, pilihan aksesori dan model seuatu kamera. Jika ada pertanyaan lanjut,
maklumat tambahan dan terbaru, sila e-mailkan kepada - studiomaya@mail.com


- Parep


________________________________________________________________________

BICARA PAKAR


FOTOGRAFI SEBAGAI SENI

Semenjak tahun 1839 perkembangan fotografi sungguh menakjubkan. Hampir setiap hari kita didedahkan dengan berbagai
teknologi terbaru . Analog telah berganti kepada digital serta memudahkan lagi orang ramai untuk memahami fotografi.
Kalau dahulu hanya golongan yang berada sahaja mampu memiliki kamera, kini boleh dikatakan semua orang mempunyai kamera.
Hari demi hari semakin ramai yang berminat melibatkan diri di dalam fotografi - samada sebagai hobi, mahupun sebagai kerjaya.
Walaupun begitu, hanya segelintir sahaja yang menjadi senang dan kaya raya. Ansel Adams yang popular dengan sistem zon
di dalam fotografi hitam putih meletakkan harga AS 5,000 untuk karyanya yang bertajuk "Pemandangan di Yosemite Park".
Ini membuktikan bahawa fotografi bukanlah sekadar petikan gambar biasa malah diterima sebagai hasil karya seni yang bernilai tinggi.

Pengiat seni foto tanahair juga tidak ketinggalan. Yusof Othman, Ismail Hashim, Eric Peris dan lain-lain lagi, merupakan penggiat
senifoto tanahair yang dianggap aktif hingga kini. Karya-karya mereka masih dipertontonkan di Balai Senilukis Negara. Ini
membuktikan bahawa kita juga mempunyai artis yang berbakat di dalam media fotografi. Akan tetapi kini penyertaan jurugambar
pelapis dilihat agak berkurangan. Ini mungkin disebabkan perkembangan teknologi yang pesat membuatkan banyak jurugambar
lebih berminat untuk menggunakan fotografi di dalam pembuatan imejan untuk kegunaan komersil.

Daya kreativiti seni halus sudah ditinggalkan. Fotografi bukan lagi satu hasil karya seni tetapi satu hasil keuntungan
kewangan yang pantas. Inilah yang menyebabkan mengapa pameran fotografi anjuran Balai Seni Lukis Negara dilihat
agak berkurangan. Jika diadakan pameran hanyalah sekadar memenuhi tuntutan penggiat fotografi. Inilah yang perlu
direnung oleh jurugambar semua. Adakah kita ingin terus mengkomersilkan hasil kerja kita yang akhirnya
menyisihkan kita dari dunia seni yang sebenar. Jurugambar terdahulu daripada kita telah bertungkus lumus
memperjuangkan fotografi sebagai seni dan mengharapkan ianya duduk setaraf dengan karya lukisan.

Apa yang pasti, jurugambar kini perlu lebih serius berkarya agar dunia fotografi diwarnai dengan segala unsur seni
yang dapat memartabatkan dunia fotografi tempatan. Fotografi bukanlah sekadar mengambil gambar wanita atau
bunga, tetapi ianya lebih dari itu. Gambar yang baik dilahirkan oleh pemikir yang mampu memetik
butang kamera dengan sentuhan emas.

Oleh itu kita perlulah sedar bahawa kemajuan teknologi sebenarnya telah menghakis kemahiran teknikal jurugambar.
Apa yang tinggal nanti adalah kemahiran untuk berkarya. Perlu diingatkan bahawa peralatan akan berubah tetapi kemahiran
berfikir tidak akan berubah selagi kita mempu untuk berkarya.

- Rollie


___________________________________________________________________________________

LAPORAN PERALATAN


Seperti kebanyakan bidang lain, fotografi juga telah memasuki era digital. Namun, ramai diantara
jurugambar sekarang, mengenali fotografi bermula dengan sistem analog / mekanikal. Sebagai seorang jurugambar,
proses peralihan analog ke digital ini perlu dibuat secara perlahan-lahan dan bijaksana. Walaupun kamera
menggunakan filem sekarang masih boleh digunakan dengan meluas, kita mesti juga bersedia untuk memahirkan
diri kearah menguasai dunia fotografi digital. Fotografi dan alat pengimejan digital akan digunakan dengan meluas
dalam hanya beberapa tahun lagi.

Untuk anda yang masih belum mahir dalam fotografi digital, mulalah belajar, membaca & bertanya dari
sekarang. Ianya tidak begitu rumit seperti yang disangka. Setelah anda mula memahami beberapa
perkara asas fotografi digital, proses pembelajaran akan jadi lebih mudah dan menyeronokkan.
Semua perkara boleh dipelajari asalkan kita sanggup mempelajarinya.

Untuk ruangan laporan peralatan kali ini, saya ingin memperkenalkan sebuah kamera digital
jenama Nikon. Ianya bukanlah sebuah kamera professional, tetapi cukup baik untuk anda gunakan
bagi proses pembelajaran. Ikuti laporannya:

Nikon CoolPix 995

Ciri-ciri utama:

Harga : Sekitar RM 2,500.00
Resolusi Maksimum : 2048 X 1536
CCD : 3.34 Megapixel
Lensa : 8 - 32mm ( bersamaan 38 - 152mm untuk format 135mm )
Makro : 2 cm
Kelajuan bukatup ( shutter ) : 8 - 1/2,300 saat )
Bukaan ( aperture ) : f 2.6 - f 7.5
Viewfinder : Optikal & LCD ( 1.8 inci )
Simpanan imej : Compact Flash ( 16 Mb - disertakan )
Pelarasan ASA : 100, 200, 400 & 800
Sumber tenaga : Bateri Li-ion
Output : PAL/NTSC, USB

KEBAIKAN:

1) Lensa yang boleh didongak dan ditundukkan ( swivel ) Ini memberi kelebihan untuk

merakam gambar untuk sudut atas & bawah. Contohnya, untuk merakam gambar dari sudut atas,
anda hanya perlu mengangkat kamera, pusing/tundukkan lensa - anda boleh merakam
gambar dengan melihat imej yang hendak dirakam melalui skrin LCD.

2) Pelarasan maksimum ASA 800. Ini banyak membantu untuk merakam gambar dalam
keadaan kurang cahaya. Tanpa anda perlu membeli filem ASA 800, cuma setkan pada
kamera, sensitiviti rakaman akan sama seperti menggunakan ASA 800.


3) Semakan gambar yang pantas ( Quick Review ) - Anda boleh melihat kembali gambar
yang baru dirakamakan dengan pantas dan mudah.


4) Kuasa zoom 4X - Memudahkan rakaman gambar jarak dekat dan jauh

.
5) Ciri-ciri bukatup yang baik - Boleh merakam gambar dengan bukatup ( shutter ) dari
8 saat - 1/2,300 saat. Ciri ini hampir sama dengan kamera SLR professional yang lain.


6) Flash bina dalam ( built in flash ) - Anda boleh gunakan flash pada bila2 masa yang diperlukan.


KEBURUKAN:


1) Herotan imej lensa ( Lens distortion ) - Imej lensa yang tidak sempurna pada lensa sudut luas.


2) Jarak bukaan ( aperture ) tidak mencukupi. Kamera ini cuma membolehkan penggunaan bukaan dari
f 2.6 - f 7.5. Sedangkan lensa pada kamera SLR biasa boleh memberi bukaan dari f 2.8 - f 22.


3) Saiz yang besar - Untuk kategori kamera seperti ini, ianya boleh dikatakan besar. Namun, kadangkala
ada jurugambar yang suka akan pengendalian kamera yang besar.


4) Auto focus tetap - Kamera ini menggunakan auto focus sepanjang masa. Ianya tidak boleh
dilaras keapada manual focus.

PENILAIAN:


Kualiti imej - 8/10
Ciri-ciri kamera - 9/10
Mudah guna - 5/10
Gaya kamera - 6/10
Keseluruhan - 8/10

Untuk maklumat lanjut, sila lawat laman web
Nikon

- Parep




_________________________________________________________________

ULASAN BUKU



Through The Lens - sebuah buku fotografi tulisan Lam Seng Fatt mengutarakan kombinasi teknik-teknik
fotografi dan fotogarfi pengembaraan. Buku ini dikatakan sesuai untuk golongan permulaan, amatur dan juga professional.
Buku ini mempamerkan pengalaman penulis dan juga pengalaman jurugambar yang lain.Teknik-teknik yang diberi adalah mudah
dan asas di dalam fotografi. Ini memudahkan pembaca untuk mengikuti dan mencubanya. Setelah meneliti buku ini ternyata
bahan yang diutarakan amat berguna cuma kualiti persembahan buku agak kurang menarik untuk golongan professional .
Walaubagaimanapun, syabas kepada Lam Seng Fatt kerana berjaya menulis buku ini, yang sekaligus memperbanyakkan lagi
karya penulisan oleh jurugambar tempatan.

Tajuk Buku: Through The Lens
Terbitan: Berita Publishing Sdn.Bhd
Tahun: 1996
Ketebalan: 156 mukasurat termasuk kulit.
Harga: Tiada
ISBN:967-969-348-1

-Rollie-





MUKA DEPAN | SOAL-JAWAB | LINK | WEBMASTER | CHAT