MUKA DEPAN | ARTIKEL | LINK | WEBMASTER | CHAT
Sila hantar sebarang soalan mengenai fotografi,
videografi dan sinematografi di sini.
Saya akan mencari jawapan bagi soalan anda. Jika ada pembetulan,
huraian lanjut atau jawapan lain dari para pembaca lain, respon
anda adalah amat dialu-alukan. Sila hantarkan sebarang pertanyaan atau respon
untuk ruangan ini kepada - studiomaya@mail.com
______________________________________
0009
Pada sesuatu lensa, ada tertera 50mm ( pada lensa standard ) Apakah yang dimaksudkan dengan
50mm tersebut. Boleh saudara terangkan dengan lebih lanjut...
sekian...Saidin
50mm itu adalah focal length untuk sesuatu lensa. Dengan erti lain, ianya menunjukkan
sudut penglihatan untuk lensa itu. Ukuran 50mm itu sebenarnya adalah jarak diantara bahagian
paling belakang lensa ke focal plane ( tempat di mana terletaknya filem ).Jadi, untuk lensa 50mm,
jarak antara belakang lensa ke focal plane ialah 50mm. Begitu juga keadaannya untuk lensa-lensa
lain seperti 28mm, 80mm, 200mm dan sebagainya.__________________________________________________________________________
0008
Saya baru membeli handycam jenis Sony yang menggunakan tape saiz 8mm.
1) Adakah ia boleh dipindah format dari tape 8mm ke VCD, bagaimanakah caranya.
2) Bagaimana cara untuk menjaga bateri kamera video agar ia lebih tahan lama.
Terima kasih.
Wak Jaman, Muar, Johor
1) Sebarang format video boleh dipindah format ke VCD. Anda perlu menggunakan software
khas untuk membuat VCD. Caranya ialah - gambar video dipindahkan dahulu ke dalam komputer.
Kemudian simpan fail video itu di dalam komputer dalam format MPEG 1. Akhir sekali, pindahkan fail
tadi ke CD menggunakan CD writer. Ada banyak jenis software di pasaran sekarang yang boleh
digunakan untuk membuat VCD. Antara jenamanya ialah Snazzi Digital Video Creator. Anda juga
memerlukan CD writer dan spesifikasi komputer yang sesuai. Untuk maklumat lanjut, anda boleh
hubungi salah sebuah pengedar alat multimedia iaitu:
Graphics Vision, 117, Jln. Aminuddin Baki, Taman Tun Dr. Ismail, 60000 KL.
Tel: 03-77271868 Fax: 03- 77291868
e-mail: gvision@pc.jaring.my2) Untuk menjaga bateri agar tahan lama, anda perlu terus cas bateri anda sebaik habis digunakan,
Sentiasa cas bateri sehingga betul-betul penuh, Jangan cas terlalu lama,
jangan letakkan di atas lantai ( tingkat bawah ) dan jangan jatuhkan bateri._________________________________________________________________________
0007
Apakah makna 6X6 medium format? Adakah ukuran selain dari itu?
Azahar Ramli, Ampang Jaya.
6X6 adalah ukuran imej yang terbentuk pada filem
medium format ( 120 format) iaitu
A6cm X 6cm. Lain-lain saiz imej pada filem 120 adalah 6X4.5,
6X7, 6X8, 6X9, 6X12 ( panoramic )
dan 6X12 ( panoramic )
___________________________________________________________
0006
Pada flash saya ada tertulis TTL, tetapi
saya tidak pernah menggunakannya,
ALIGN="CENTER">apa fungsi TTL dan bagaimana
cara menggunakannya? Terima kasih.
Norazidah Hashim, Bangsar.
TTL bermaksud Through The Lens. Kekuatan flash yang dipancarkan adalah berdasarkan
dari bacaan kepekaan cahaya yang dibuat melalui lensa kamera. Dengan lain perkataan,
flash akan mengeluarkan cahaya yang secukupnya seperti yang diberitahu oleh exposure
meter dalam kamera anda. Anda boleh menggunakan flash ini dengan kamera yang dedicated
dengan sistem TTL flash anda. Kebanyakan kamera AF hari ini menerima sistem TTL sepenuhnya.__________________________________________________________________________
0005
Saya dalam pertimbangan untuk membeli sebuah kamera video untuk
kegunaan sendiri. Saya bercadang untuk menjadikan ini sebagai
hobi dan kalau boleh, mendatangkan keuntungan kepada saya.
Bolehkah tuan cadangkan kamera video yang baik?Amir Ridhwan Ghazali, UNITEN
Saya cadangkan saudara membeli kamera format DV ( format video terbaik
sekarang ) Oleh kerana anda ingin menjadikan video sebagai hobi & sumber pendapatan,
saya cadangkan saudara membeli kamera 3CCD ( Salah satu
taraf untuk kamera professional ) Jenis yang dicadangkan ialah:
Sony VX 2000 ( +- RM 10,000 ), Panasonic AG DVC15 ( +- RM 12,000 ) atau
Canon XL-1 ( +- RM 18,000 )_________________________________________________________________________
0004
Pada masa sekarang, sudah banyak terdapat digital kamera di pasaran.
Sejauh manakah bagusnya kamera ini ?'Jimbos', KL
Sudah jelas sekarang, kamera format digital akan terus kukuh ke arah menggantikan kamera yang
menggunakan filem. Tetapi, buat masa ini, format digital ini belum sepenuhnya dapat
mengatasi kelebihan kamera konvensyenal. Antara kelebihan kamera digital ialah : Anda tidak perlu beli filem,
anda boleh pilih gambar yang terbaik sahaja untuk disimpan dalam CD atau dicetak,
anda boleh mendapat gambar serta merta, memudahkan proses penghantaran gambar melalui internet dan
kebolehan merakam gambar dalam keadaan kurang cahaya tanpa flash. Jadi, jika anda
tidak memerlukan ciri-ciri di atas, kamera digital bukanlah satu keperluan bagi anda. Bagaimanapun, dengan
memiliki kamera digital ini, anda boleh membiasakan diri dengan teknologi digital yang pastinya akan menjadi
satu kemestian pada masa akan datang._________________________________________________________________________
0003
Mengapa kamera jenama 'Hasselblad' sangat mahal? Apakah kelebihannya?
Rozaidi Zainal, Seksyen 18, Shah Alam
Hasselblad adalah jenama kamera format 120 yang terkenal buatan Sweden. Ianya
menggunakan lensa jenama Carl Zeiss buatan Jerman yang merupakan antara lensa yang
terbaik di dunia. Jenama Hasselblad mempunyai reputasi yang baik dan diperakui oleh jurugambar
professional, malah NASA ( Agensi Aeroangkasa Amerika ) menggunakannya untuk misi angkasa lepas
mereka. Dari segi buatan dan pengendalian kameranya pula, anda dapat mengenalpasti sendiri akan
kualitinya. Hasselblad juga mempunyai sistem peralatan yang menyeluruh dari segi kamera, lensa
dan aksesori. Namun disebalik semua itu, Hasselblad bukanlah satu kamera yang canggih yang sesuai
melakukan semua tugasan fotografi. Ianya mempunyai kelebihan dan kelemahannya tersendiri.
Pada pendapat saya tentang harganya yang mahal itu tentulah disebabkan jenama dan kualiti
buatan kameranya itu.Sila klik di sini untuk ke Hasselblad
___________________________________________________________________________
0002
Saya adalah seorang peminat fotografi. Saya tertarik melihat kecantikan gambar iklan di dalam TV seperti iklan
Telekom, Digi, Dunhill, Maggi dan Dove. Di sini saya ingin bertanya, kamera jenis apakah yang
digunakan untuk mengambil gambar seperti itu?Puteri Rannia Rithaudeen
Sesuatu iklan TV yang baik adalah hasil dari kerja pengarahan, penulisan skrip, penataan seni, sinematografi,
suntingan dan mungkin kesan khas. Medium yang biasa diguna untuk iklan TV adalah still photography,
grafik, animasi ( yang popular sekarang ) video dan filem. Kamera yang yang biasanya digunakan
untuk iklan TV adalah kamera filem, iaitu kamera untuk gambar gerak ( motion picture ) yang menggunakan
filem. Format yang biasanya digunakan ialah 16mm ( 35mm biasanya digunakan untuk wayang gambar ).
Antara jenama kamera yang biasa digunakan ialah Arri dan Aaton. Antara model kamera yang biasa
digunakan ialah Arri 16 SR . Kamera jenis ini sesuai digunakan untuk menghasilkan gambar gerak untuk
tayangan di TV sahaja. Ia tidak sesuai untuk ditayangkan di pawagam kerana ketajamannya akan hilang
akibat pembesaran yang banyak pada skrin wayang. Selain dari kamera, faktor yang membuat
sesuatu gambar iklan itu menarik ialah, pencahayaan dan pergerakan kamera ( track, crane dan steady cam ).
___________________________________________________________________________0001
Saya tidak faham apakah maksud large format camera dan apakah kegunaannya
Muhammad Hadif, Shah Alam
Large format camera ialah kamera bersaiz besar yang menggunakan filem bersaiz besar iaitu
berukuran 4X5 inci, 5X7 inci, 8X10 inci atau 11 X 14 inci. Namun, saiz yang biasa dipakai
ialah 4X5 dan 8X10. Filemnya dalam bentuk helaian, bukan gulung. Kamera ini juga dikenali dengan
nama view camera, 4X5 camera dan 8X10 camera. Antara jenamanya ialah Sinar, Horseman, Linhof, Combo
dan Calumet. Oleh kerana saiz filemnya yang besar, hasil gambarnya lebih tajam, lebih detail dan warna lebih cantik.
Kamera ini biasanya digunakan untuk menghasilkan gambar yang bersaiz besar seperti gambar poster dan iklan di
billboard. Jika menggunakan kamera berfilem kecil untuk pembesaran yang terlalu besar, gambar akan 'pecah' -
iaitu hilang ketajaman dan ketumpatan warna.___________________________________________________________________________
Jika anda ingin menghantar soalan atau respon, sila e-mailkan kepada - studiomaya@mail.com
MUKA DEPAN | ARTIKEL | LINK | WEBMASTER | CHAT