MUKA DEPAN | ARTIKEL | SOAL-JAWAB | LINK | CHAT
Dari studio Penyelaras Web
Assalamualaikum & salam sejahtera,
Studiomaya kini semakin mantap. Pada 2 April 2002, Studiomaya telah mempunyai seorang
lagi penyumbang utama. Beliau adalah seorang yang mempunyai nama besar dalam
dunia fotografi di Malaysia. Kini, Studiomaya telah mempunyai 3 orang penggerak utama
yang akan menyumbang dalam pelbagai segi. Kami sedang merancang pelbagai lagi
ruangan dan bahan menarik untuk tatapan anda semua.
Dengan sokongan berterusan dari anda semua, Studiomaya akan terus berbakti
untuk komuniti fotografi di Malaysia.
Kepada anda yang memberi komen, saya ucapkan
terima kasih. Kepada RaaiMan, Hisham, Herries, Mat,
Arif Zainol, fauzi, Nasir Roli, Fadlysham, Amir ( Pelangi Mulus Digital ) dan lain-lain, harap terus melayari studiomaya.
Fadlysham, saya telahpun mengadakan ruangan chat seperti yang saudara cadangkan. Kepada Ringgo ( Utusan
Malaysia ) - bila database AD 17/ Studiomaya disiapkan, re-union yang brutal akan dianjurkan! Kepada
Man ( C*k*ng ), Studiomaya akan mempunyai URL .com.my bila jumlah pelawat dapat mengimbangi
kos penyelenggaraan nanti. Kepada Subky, saya sedang menuggu komen dari anda. Kepada Mohd. Rithaudeen,
artikel video telah pun dimasukkan - artikel post production akan menyusul. Kepada Wa ( Azwa? ), terima
kasih
kerana memberi komen tentang layout. Terima kasih kepada Gaie Uchel - cadangan mengenai gathering
akan dipertimbangkan. Kepada Mahathir, bahan dalam Studiomaya akan dipertingkatkan lagi
khas untuk jurugambar professional. Terima kasih juga kepada yang lain-lain yang telah
memberi komen - saya tidak dapat menyebut nama anda satu persatu kerana jumlah pelawat yang
semakin bertambah. Seperti yang anda semua cadangkan, laman web ini akan sentiasa diperbaiki secara
berperingkat. Kepada kawan2 lama, harap dapat cadangkan laman Studiomaya
kepada kawan2 yang lain.
Kepada Saidin, Wak Jaman & Mat, harap anda
berpuas hati dengan jawapan kepada
soalan anda. Terima kasih kerana berinteraksi di Studiomaya.
Pada 3 April 2002, saya telah membuat beberapa
lagi penambahan dan perubahan baru
dalam laman web Studiomaya ini. Sesetengah daripadanya adalah dari permintaan
pengunjung Studiomaya sendiri. Saya akan terus membuat kemaskini yang kerap
untuk anda semua.
Sekali lagi, terima kasih atas sokongan anda.
Teruskan melawat!
Untuk komuniti fotografi Malaysia,
- Parep
Studio di alam maya
MUKA DEPAN | ARTIKEL | SOAL-JAWAB | LINK | CHAT