MUKA DEPAN | ARTIKEL | SOAL-JAWAB | LINK | WEBMASTER | CHAT
RUANGAN INI DIKHASKAN UNTUK BEKAS PELAJAR AD 17 SAHAJA !
KELAB AD 17
SELAMAT DATANG KE KELAB AD 17!
Kelab ini diadakan untuk membolehkan semua bekas pelajar AD 17 mendapatkan maklumat kawan-kawan lama. Di sini juga, kita boleh membuat pengumuman, memberi pendapat dan berkongsi maklumat. Diharap, anda dapat gunakan ruangan ini dengan bijaksana. Untuk kemajuan kita bersama, kerjasama dari anda semua amatlah dihargai.
Pelajar fotografi telah bekerja dalam pelbagai bidang
Dalam bidang apakah pekerjaan anda sekarang?
Current Results
HANTARKAN MAKLUMAT DIRI ANDA LIHAT MAKLUMAT KAWAN-KAWAN LAMA - NO TELEFON, TEMPAT KERJA DLL. LIHAT PENGUMUMAN DAN BERITA TERBARU KAWAN-KAWAN PENDAPAT & CADANGAN
SILA BERIKAN DETAIL DIRI ANDA PADA BORANG DI BAWAH. TERIMA KASIH
Make this a private message?
_________________________________________
PENGUMUMAN / BERITA TERBARU
En. Azlan telah menggantikan Puan Sepiah sebaagi ketua kursus Jabatan Fotografi, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka.
Shahril Azman Zain
_________________________________________ Hallo dude, Ada berita terbaru dari School photo ni. First, Puan dan bebudak Degree ada buat trip ke Europe. Kalau tak silap... ada rumors mengatakan 24 April ni. tak tau la jadi ke tak kan. second... tahniah kat budak-budak yang dipanggil menghadiri interview Tenaga Pengajar Muda UiTM, dengar khabar Nangka, A***t Endut, Lan Tungou...Lina Tambong dan ada dua tiga orang lagi antara yang dipanggil. Tahniah diucapkan. Semoga dapat la post tu... Jgn lupa kengkawan tau.... Shahril Azman Zain
Deng ( Mohd. Rithaudeen ) dah jadi orang filem sekarang. Deng sekarang bekerja dalam bidang yang berkait rapat dengan industri pembikinan filem komersial. Kalau sembang ngan dia, mesti kena cerita pasal TV commercial. Arri, Panavision, Director of Photography, special effect, chroma key, film gate, crane shot dan macam-macam cerita lagi. Tahniah kepada Deng semoga akan terus berjaya dalam industri pembikinan filem komersial! _________________________________________________ Tahniah kepada Don ( Mahathir ) & Kenit ( Siti Zurina ?) kerana baru mendapat anak lelaki. Don sekarang bekerja sebagai jurugambar di Utusan Malaysia bersama dengan kawan2 lain seperti Ringgo, Gaie ( Cik Pok ) dan lain-lain.
________________________________________________ Debe ( Sazuan Saufi ) sekarang dah makin hensem sebab dah ada awek yang steady punya! Debe sekarang dah jadi orang kuat kat Astro - jurukamera kesayangan bos dia. Satu pesanan buat Debe, perkara yang baik eloklah dipercepatkan.......heheheheheh ________________________________________________ Karl Helmi sekarang dah jadi big boss. Karl sekarang menguruskan syarikatnya Digital Works bertempat di Damansara. Beliau banyak membuat urusan berkaitan multimedia di dalam perniagaannya. ________________________________________________
Bustamam Mokhtar sekarang sudah bergelar usahawan sepenuh masa! Bus dah meletak jawatan dari Utusan Malaysia dan kini menjadi jurugambar professional dengan syarikatnya sendiri. Beliau sekarang banyak membuat tugasan fotografi untuk artis, ejen pengiklanan dan lain-lain.
________________________________________________
SEKIRANYA ANDA ADA PENGUMUMAN ATAU BERITA TERBARU YANG INGIN DISAMPAIKAN DI RUANGAN INI, SILA HANTARKAN E-MAIL KEPADA- studiomaya@mail.com studiomaya@mail.com
______________________________________________________________________________________
PENDAPAT & CADANGAN
(1)
Persatuan & Induction
Pertama sekali, aku nak ucap terima kasih la kepada yang buat website ni. Bagus jugak, boleh dapat information terbaru pasal member2 ex-AD 17. Aku rasa memang patut ada satu persatuan untuk budak2 AD 17 ni. Ramai antara kita dah lost contact dan tak ambik tau hal masing2. Budak-budak junior baru ni jangan harap la - langsung tak kenal senior. Maklum ajela, induction dah takde, tak macam dulu. Itu lantak diaorang lah.... Yang pentingnya, kita sekarang, mesti bersatu dan ada satu persatuan supaya dapat tolong menolong & berbincang untuk bertukar fikiran. OKlah, aku dah tak tau apa nak cerita. Hidup budak foto!
- James Bond AD 17
___________________________________________________________
(2)
Gathering Cadangan Ringgo tu bagus jugak, bila nak buat gathering? Boleh lepak & sembang2. Photo corner kat section 2 tu apa dah jadi ha? Dah lama aku tak pegi Shah Alam. Kalau ada sesapa yang rajin tu organize le trip ke, gathering ke, party ke, jangan lupa jemput aku dah le... - murid kesayangan Puan Sepiah __________________________________________________________
(3) Gathering lagi... Nampaknya, ramai yang nak buat gathering - lepak2 kat Photo Corner. Amacam? Apa kata kawan2 lain? Kalau dah ramai yang bersunguh-sungguh, kita boleh organize gathering tu nanti. Harap boleh dapat feedback lagi dari kawan2 lain. Sesapa ada cadangan lain, hantarkan ke - studiomaya@mail.com - Parep
__________________________________________________________ (4)
Mari guna internet Sebagai webmaster Studiomaya, aku nak ucapkan terima kasih le kepada kengkawan yang melawat dan memberi komen. Terima kasih gak kepada Rollie ( Ngkorang tau la sape - nama betul takleh publish kat sini ) di atas sumbangan bahan penulisan dan berita. Kepada kengkawan lain, selalulah melawat Studiomaya. Rajin2 la sikit berinteraktif, hantar le cerita terbaru korang untuk aku tulis kat sini. Kalau ada bahan penulisan fotografi, gambar2 terbaru korang, pendapat dan lain-lain, sila hantar kat aku - studiomaya@mail.com Kepada kawan2 yang tengah sambung buat Degree tu, hantar le berita pasal AD 17 sekarang - apa kabar En. Din lab, apa cerita budak2 junior, apa cerita lecturer2 di Photography Department ? Ajak la diaorang masuk Studiomaya. Di zaman IT ni, kita kena rebut segala kemudahan & peluang yang ada. Jangan sampai ketinggalan. Jadikan internet tempat untuk mencari maklumat, berkongsi pandangan dan memberi pengajaran. Aku amat gembira atas lawatan dan komen korang semua kepada Studiomaya. Terima kasih sekali lagi! - Parep
_________________________________________________________
Exhibition
Aku ni ..saje la nak sembang-sembang.... kalau la sesape rajin, buat la galeri kat studiomaya ni..bulela bebudak nak buat exhibition online... aku ni tak reti amek gambar.. so ..kalau dah ade galeri tu....dan ade yang bersungguh-sungguh buat show ....bule la aku tengok work kengkawan...dan segala teknik terbaru yang canggih dan terkini... bule la kasi basuh sikit otak... lagipun kalau nak buat exhibition yang real...kan ke mahal!!!... . - Saiful Nizam Bahari saifulnizam@utusan.com.my
________________________________________________________ Sudahkah anda menghantar maklumat diri anda ke Studiomaya? Dengan menghantar maklumat ini, anda akan berada dalam senarai hubungan Kelab AD 17. Mungkin juga ada kawan lama yang ingin menghubungi anda. Sila klik untuk menghantar maklumat diri.